Wednesday, 3 June 2015

Hiking Gunung Lambak, Kluang Johor

                                                                  Wednesday, 3 June 2015



Hye, gunung selamat berkenalan! haha actually, Gunung Lambak nie merupakan gunung pertama aku hiking. Minat & niat tue memang dah lama sangat aku peram dalam hati. Ini pun last minute plan sebab ingatkan planning ke Penang dah terkubur tapi rupanya ada rezeki lagi.

Gunung Lambak nie terletak di Kluang Johor dengan ketinggian setinggi 51meter (1,673 kaki) sangat sesuai untuk beginner macam aku yang baru berjinak-jinak nak hiking tak perlu bayar, guider & permit. Masa aku datang memang ramai orang almaklum cuti labour day.



lebihan nur di muka hmm..

Sebenarnya trip kali nie 4 orang tapi yang teruskan perjalanan ke puncak cuma 2 orang mas dengan shidah turun semula shidah nak pitam yang mas pulak kaki kejang. So, aku & aiza gigih teruskan perjalanan haha.

Belum masuk trek hutan lagi masih mampu senyum hahaha

Tapi, aku tak berapa gemar Gunung Lambak nie bukan apa tapi terlalu ramai sangat orang sampaikan boleh dengar suara orang ketawa & bercakap sepanjang jalan. Aku dah tak rasa yang aku dalam hutan time tue. Sebenarnya aku cuma nak dengar bunyi ungas-ungas hutan, bunyi air terjun mengalir, udara sejuk & nyaman, sesekali bunyi daun yang jatuh dicelah-celah pokok. Seriusly, aku tak dapat nikmati feeling macam tue kat sini. Mungkin waktu aku pegi cuti umum that why ramai sangat orang.

Finally!


Lebih kurang satu jam kteorang sampai puncak itu pun aku rasa dengan speed yang paling slow banyak kali pit stop sendiri pancit habis woi mana tak yer dah bertahun tak jogging tiba-tiba terjah gunung rasakan. Aku dah rasa separuh nyawa, jantung laju macam nak pecah tapi bila tengok nyonya-nyonya dengan apek-apek naik steady jee sesekali dieorang tegur bagi semangat aissh tercabar jugak darah muda aku nie hahaha puiii.

Tapi best moment setiap kali berselilih dengan hiker yang lain tak ada segan silu tegur & senyum. Soalan wajib aku tanya tiap kali berselisih dengan hiker lain " Jauh lagi tak nak sampai puncak?" hahahaha aku tak tau berapa puluh orang aku tanya soalan nie! tapi tiap kali tue lah semua jawap "Tak jauh dah sikit jee lagi" hampehh menipu semua dah nak habis nafas aku tak sampai punn!!!!!!!


Tak lama kteorang stay kat puncak sebab terlalu ramai orang aku dah rimas lagi pun matahari dah terpacak atas kepala.

Aku & aiza decided turun ikut trek lain. Kteorang pilih trek big tree dekat bawah nanti akan jumpa satu pokok besar gila tapi aku tak sure apa jenis pokok tue.


Trek big tree nie tak sesusah trek naik  trek nie lebih santai. Masa nak turun nie aku meminimakan penggunaan lutut secara keras sebab malam bertolak ke Perak & Penang. Aku tak nak  sakit-sakit badan & kaki sebab nak jalan jauh 2 hari hehe :D


Jumpa sungai kteorang rehat sekejap, refill air yang dah habis sebelum mula berjalan semula. Tak boleh stay lama sebab mas dengan shidah dah tunggu dekat bawah dari pagi haha tue lah sape suruh patah balik!


Detik sebelum sesat, lepas sungai nie kteorang dah silap pilih jalan sepatutnya ikut trek belakang pokok besar tapi kteorang seberang sungai hmm. Memandangkan cuma kami berdua je sepanjang jalan turun gunung nie kteorang pun redah jee ikut naluri hati hihi. Tapi hati aku dah rasa lain macam banyak kali aku tanya aiza "betul ke jalan nie aku tengok trek dia jarang orang guna yang tak ada tanda yang orang turun ikut sini"

Yes, im right! kteorang sesat! tapi kteorang steady jee macam tak ada apa2 belaku dengan tenang fikir cara nak balik tapi dalam hati tuhan jee tahu dengan penat, lapar (makanan semua dalam kereta hmm), bunyi guruh langit mula gelap. Aku dengan aiza bincang sama ada nak naik semula cari trek lain atau keluar jee dari hutan sedangkan tak tahu lokasi sebenar. 

Kami dah tak mampu naik balik dah penat plus tak tahu jalan yang betul takut makin sesat kedalam hutan. Jalan sampai tembus ladang sawit, tekong cina lama kteorang tunggu kot ada kelibat manusia nak tanyakan lokasi semasa. Mas dengan shidah banyak kali call tapi kteorang tak cakap pun sesat takut dieorang risau hahaha.

Jumpa satu group chinese baru nak naik gunung. Dia tumpangkan kteorang balik ke pintu masuk masa mula sampai. Dia cakap laluan yang kteorang turun tue biasanya dieorang guna untuk naik jee jarang orang guna turun ikut situ. Memang agak jauh kteorang tersasar dari laluan sebenar kalau jalan kaki mau patah kaki nak sampai haha Alhamdulillah selamat ada orang tolong.

Serik? tak lahh! nie lah pengalaman yang kteorang cari. Ok next Gunung Berlumut!





Tuesday, 2 June 2015

Escape Park Penang

Tuesday, 2 june 2015


               
                                                                 Welcome to Escape Park!

Dengan semangat yang waja pukul 8.30pagi kteorang dah terpacak tepat depan pintu masuk Escape nie siap dah beli tiket sekali tapi tak boleh masuk lagi sebab waktu operasi start pukul 9.00pagi haa nampak tak semangat yer kteorang sampai awal haha.

Tapi mase tue dah ramai orang rupanya pada hari yang sama ada pertandingan merebut "Escape Trophy". Tapi aku cadangkan kalau korang nak datang main elok datang pagi-pagi sebab bila nak main nanti korang tak payah beratur lame2 tunggu turn. Waktu pagi tak ramai orang sangat so korang jadilah orang yang pertama yang main.


So nie map kalau nak cari Escape Park nie tak berapa susah pada aku. Tapi kalau nak lagi senang apa lagi bukak la Waze dan taip Escape Park Insyaallah anda menuju kejalan kebenaran hehe.

Escape Park beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad. 
Isnin dibuka pada waktu cuti sekolah sahaja.
Waktu operasi 9.00am hingga 6.00pm

Untuk tiket korang boleh beli walk in atau beli online kalau beli online untung sikit sebab ada diskaun. So, depands lah korang nak beli macam mana.



Ok sebelum mula bermain, first step korang kena tengok map kawasan Escape Park nie dekat map nie ada tunjuk  lokasi, jenis permainan yang bersesuaian mengikut peringkat umur. Dekat sini penting untuk korang rancang sebelum mula sebab takut korang dah bayar mahal-mahal tapi tak sempat main semua kan rugi tue!


First game kteorang pilih Gecko Tower ala-ala wall climbing tapi lain sikit. Seronok main nie dengan partner sebab korang boleh beat masa dengan partner. Bila dah sampai atas dekat tekan button timer tue nanti keluar lah berapa masa korang ambil untuk sampai atas. Main nie keputusan draw dua menang dua kalah itu pun fault tangan aku tak sampai hampehh betul!! kalau tak dah menang bergaya baru boleh belagak, riak & takbur sikit hehe.


Dan seterusnya kteorang terus bergerak main benda nie kalau tengok dalam gambar nie ada tiga tingkatkan that mean permainan nie ada tiga level. Korang kene lepas level 1 baru boleh ke level 2 dan level 3. Setiap kali habis level korang akan dapat satu tiket untuk ke level seterusnya so, tak boleh lah nak mengelat terus skip ke level 2 atau level 3 hihi

Sebelum mulakan permainan nie staff Escape Park akan bagi briefing sikit tentang safety. Pastikan harness dipakai dengan betul ye. Dalam banyak-banyak game dalam Escape Park nie game nie paling lama sebab korang kena tunggu orang depan kalau slow dia maka slow lah orang-orang kat belakang mohon banyakkan bersabar haha. Once tali dah dimasukkan korang tak boleh patah balik takut ke, menangis ke kena habiskan level tue baru boleh keluar.

credit to google

Bila korang main permainan nie phone, camera tak dibenarkan naik sebarang kerosakkan atas tanggungjawab sendiri tapi sayanglah tak banyak gmbar korang boleh snap tsskk ;((. Kalau korang power silalah seludup tapi kalau jatuh ke tanah nasib lah hehe.


Setiap level ada halangan dan kepayahan korang kene tempuh. Jangan takut biar lambat asal selamat lagi pun dah ada safety Insyaallah tak jatuh kebawah cuma gayat sikitlah. Selamat meneruskan permainan sampai ke level 3. Kteorang tak habiskan sampai level 3 sebab dah penat & haus sangat. Turun rehat minum2 terus cari game lain sebab masa dah makin singkat takut tak sempat main semua.

credit to google

Next main Aerobat dekat sini korang boleh feeling ala-ala ahli gimnastik buat aksi akrobat lah aku tengok, ambil gambar & gelakkan orang jee tak main pun hahaha jahatkan.

Kite Flyer!

Kite flyer nie taubat aku main sekali je lah kot aku rasa feeling dia sama macam main bungee jump. Mula-mula aku tak nak main tapi kesian partner aku beria sangat nak main so, kerana terpaksa aku relakanlah jugak haha. Tapi partner kena mainkan peranan yang penting untuk alihkan rasa cuak & takut masa tue kalau tak ada aku mintak turun balik kang haha .Korang akan ditarik setinggi-tinggi then dilepaskan! arghh! rasa dia macam terjun bangunan yang tinggi hahaha.


Dekat sini lah korang dapat main flying fox sepuas hati sebab flying fox dekat Escape Park nie memang panjang teruss masuk dalam hutan. Serius seronok gila! Lagi seronok kalau lari, depangkan tangan jerit sekuat hati haaa lepas tension tau tetiba rasa transform jadi Batman lak haha. 


Pendapat aku pada sesiapa yang suka benda-benda yang adventure, nature memang sesuai sangat datang sini confirm korang akan puas hati. Untuk release stress memang best sebab korang tak kan sempat fikir masalah yang ada lagi-lagi kiri kanan dikelilingi pokok-pokok hijau. Kalau boleh segala phone korang simpan aje dalam loker lupakan laman sosial satu hari. Spent masa dengan yang tersayang sebaik yer, kalau ada duit semua benda kita boleh beli tapi kita tak boleh beli masa yang dah berlalu. Manfaatkan sebaik yer sebab yang indah itu tak datang selalu.

Tips

1) Pakai pakaian sukan yang selesa
2) Seluar track
3) Baju Dri-fit( kain jersi) yang cepat kering sebab korang akan berpeluh
4) Sport shoes
5) Hand gloove sebab korang kena pegang tali & wayar yang karat kotor tangan
6) Duit semua simpan dalam loker dlam nie tak guna cash pun. Topap siap2 sebelum masuk.