Hye, gunung selamat berkenalan! haha actually, Gunung Lambak nie merupakan gunung pertama aku hiking. Minat & niat tue memang dah lama sangat aku peram dalam hati. Ini pun last minute plan sebab ingatkan planning ke Penang dah terkubur tapi rupanya ada rezeki lagi.
Gunung Lambak nie terletak di Kluang Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki) sangat sesuai untuk beginner macam aku yang baru berjinak-jinak nak hiking tak perlu bayar, guider & permit. Masa aku datang memang ramai orang almaklum cuti labour day.
lebihan nur di muka hmm..
Sebenarnya trip kali nie 4 orang tapi yang teruskan perjalanan ke puncak cuma 2 orang mas dengan shidah turun semula shidah nak pitam yang mas pulak kaki kejang. So, aku & aiza gigih teruskan perjalanan haha.
Belum masuk trek hutan lagi masih mampu senyum hahaha
Tapi, aku tak berapa gemar Gunung Lambak nie bukan apa tapi terlalu ramai sangat orang sampaikan boleh dengar suara orang ketawa & bercakap sepanjang jalan. Aku dah tak rasa yang aku dalam hutan time tue. Sebenarnya aku cuma nak dengar bunyi ungas-ungas hutan, bunyi air terjun mengalir, udara sejuk & nyaman, sesekali bunyi daun yang jatuh dicelah-celah pokok. Seriusly, aku tak dapat nikmati feeling macam tue kat sini. Mungkin waktu aku pegi cuti umum that why ramai sangat orang.
Finally!
Lebih kurang satu jam kteorang sampai puncak itu pun aku rasa dengan speed yang paling slow banyak kali pit stop sendiri pancit habis woi mana tak yer dah bertahun tak jogging tiba-tiba terjah gunung rasakan. Aku dah rasa separuh nyawa, jantung laju macam nak pecah tapi bila tengok nyonya-nyonya dengan apek-apek naik steady jee sesekali dieorang tegur bagi semangat aissh tercabar jugak darah muda aku nie hahaha puiii.
Tapi best moment setiap kali berselilih dengan hiker yang lain tak ada segan silu tegur & senyum. Soalan wajib aku tanya tiap kali berselisih dengan hiker lain " Jauh lagi tak nak sampai puncak?" hahahaha aku tak tau berapa puluh orang aku tanya soalan nie! tapi tiap kali tue lah semua jawap "Tak jauh dah sikit jee lagi" hampehh menipu semua dah nak habis nafas aku tak sampai punn!!!!!!!
Tak lama kteorang stay kat puncak sebab terlalu ramai orang aku dah rimas lagi pun matahari dah terpacak atas kepala.
Aku & aiza decided turun ikut trek lain. Kteorang pilih trek big tree dekat bawah nanti akan jumpa satu pokok besar gila tapi aku tak sure apa jenis pokok tue.
Trek big tree nie tak sesusah trek naik trek nie lebih santai. Masa nak turun nie aku meminimakan penggunaan lutut secara keras sebab malam bertolak ke Perak & Penang. Aku tak nak sakit-sakit badan & kaki sebab nak jalan jauh 2 hari hehe :D
Jumpa sungai kteorang rehat sekejap, refill air yang dah habis sebelum mula berjalan semula. Tak boleh stay lama sebab mas dengan shidah dah tunggu dekat bawah dari pagi haha tue lah sape suruh patah balik!
Detik sebelum sesat, lepas sungai nie kteorang dah silap pilih jalan sepatutnya ikut trek belakang pokok besar tapi kteorang seberang sungai hmm. Memandangkan cuma kami berdua je sepanjang jalan turun gunung nie kteorang pun redah jee ikut naluri hati hihi. Tapi hati aku dah rasa lain macam banyak kali aku tanya aiza "betul ke jalan nie aku tengok trek dia jarang orang guna yang tak ada tanda yang orang turun ikut sini"
Yes, im right! kteorang sesat! tapi kteorang steady jee macam tak ada apa2 belaku dengan tenang fikir cara nak balik tapi dalam hati tuhan jee tahu dengan penat, lapar (makanan semua dalam kereta hmm), bunyi guruh langit mula gelap. Aku dengan aiza bincang sama ada nak naik semula cari trek lain atau keluar jee dari hutan sedangkan tak tahu lokasi sebenar.
Kami dah tak mampu naik balik dah penat plus tak tahu jalan yang betul takut makin sesat kedalam hutan. Jalan sampai tembus ladang sawit, tekong cina lama kteorang tunggu kot ada kelibat manusia nak tanyakan lokasi semasa. Mas dengan shidah banyak kali call tapi kteorang tak cakap pun sesat takut dieorang risau hahaha.
Jumpa satu group chinese baru nak naik gunung. Dia tumpangkan kteorang balik ke pintu masuk masa mula sampai. Dia cakap laluan yang kteorang turun tue biasanya dieorang guna untuk naik jee jarang orang guna turun ikut situ. Memang agak jauh kteorang tersasar dari laluan sebenar kalau jalan kaki mau patah kaki nak sampai haha Alhamdulillah selamat ada orang tolong.
Serik? tak lahh! nie lah pengalaman yang kteorang cari. Ok next Gunung Berlumut!
Assalamualaikum senang tak nak cam trekking dia
ReplyDeleteBila nak naik belumut? Ke dh naik? Tringin gak nk naik belumut. Hehe.
ReplyDelete