Tuesday, 4 August 2015

#KePenangKeKita

                                                    Tuesday, 4 August 2015

Penang aku maiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
For second time for this year kau rasa??haha well, kali pertama pegi penang tue tak puas pun tak sempat nak round-round sangat tapi kali nie puas hati sikit sebab boleh ambik gambar banyak2 itu memang motif utama aku hahahaha.

First sekali aku nak cerita tempat penginapan kami masa kat penang nie memang sempoii baq hangg! Kami stay kat Siok Hostel kat Jalan Chulia memang senang nak cari Siok hostel nie sebab nie dekat corner bangunan tue jee. Kalau pernah tengok show "Ke Kuah Ke Kita" kat tv9 yang Wak doyok host tue nie ler hostel yer nah ler pegi tengok kat www.tonton.com. Sesuai sangat kalau korang ala backpacker stay sini.


Bilik ala dorm kat hostel dulu-dulu macam nie lah. Tapi memang bersih dan selesa. Korang boleh pilih bilik mix ke, male or female separate ke. Untuk lelaki RM40.00 per night untuk perempuan pulak RM45.00 per night tapi kami dapat RM40.00 jee hihi yang perempuan mahal sikit sebab toilet tak mix dengan lelaki so dont worry! Facilities tiptop semua ada iron, hair dryer, water heater, towel alaa kira semua adalah dengan bajet kecik korang dapat tempat selesa macam nie ok ler.


Yang nie bahagian paling favourite aku kat sini sempoii weh tempat lepak dia ada tv, dvd, buku, games siap ada pantry lagi kalau korang nak masak maggie ke buat air kee dipersilakan semua self service jangan malu-malu buat macam rumah sendiri. Bayar RM40.00 siap dapat breakfast free lagi fuhh best. Malam lepas pekena Nasi Kandar beratur lepak kejap kat padang kota lama borak-borak ambik feel angin laut sikit. Balik hostel sambung tengok movie sampai 4.00pagi masa tue movie tengok aku dah kahkahkah *maap tak tahan

Aktiviti pagi breakfast sampai kenyang sambil main games & aku tengok movie (P/S I Love You lerr tajuk movie tue kepoh sangat nak tahu kan google ler kalau nak tahu sinopsis huh) pukul 11.00 pagi bersiap & check out sambung round-round Batu feringgi sat pekena air kelapa, laksa penang, rojak buah. Nak bersidai acah-acah minah saleh berbikini tak mampu gua takut hitam kau boleh lerr kau memang putih aku nie nak gelap senang nak putih azab. Selamat usul si ehram nak mandi laut tak jadi fuhh legaaa hihi.







Tujuan utama aku memang nak cari mural & segala benda dekat art street nie. Maka boleh lah aku balik Joho dengan berlapang dada haha terima kasih botak melayan diri ini ahakss! Masa nie si Alep dengan Ehram terus hilang berpecah semua tadi sibuk risau nak balik sangat hampeh betul haha.


Bang, sangkaya 50 ikat tepi!
perkhh power awek nie kata amoi tersebut didalam hati


Dengan segala hormatnya mempersembahkan sangkaya bertemu tuanya sang botak yang banyak cekadak demand lebih. Dia kata aku hutang lagi dua tapi ice cream calong tak nak ice cream 7Eleven tak nak pastu acah2 nak surprise bagai ehh ehh lemakk jee dia nie. Ok tak pee2.







sebelum balik pekena pasembur & char kuey teow dekat padang kota lama dulu kang ada orang mengigau pulak tak dapat pasembur. Tiket balik Joho tak ada lagi oii haha tawakal jek masa tue kot2 boleh tambah sehari lagi lepak Pulau Pangkor pulak tak puas layan sunrise & sunset alaaa bolehh ler hihi. 

Ok selamat tinggal Penang! cuma nak cakap im gonna miss you till we meet again okeh! Nanti kita buat Penang The Return episod 3 pulak hahaha insyaallah. Baiklah aini, so whats next?? Ipoh or Melaka mayb wiwiwi~

Benci yer bila kena cakap bye huwaa T_T

White Water Rafting Gopeng, Perak.

                                                   Tuesday, 4 August 2015

                      Selamat Datang ke White Water Rafting Gopeng Perak yooooooo.......
                  
      Dengan bangganya aku boleh tick dekat wishlist 2015 yang dah tertunai yeepii! *lompat bintang haha. Kali pertama shafik offer aku nak main water rafting tak & of course jawapan aku "nakkkkkkk" kau tau berapa harkat nak aku tue amboi suka macam orang ajak kawen bhahahaha!Gilalah aku tolak sebab aku selalu dok usha & membaca sana sini well aini kan mana jauh dengan google & blog kahkah. 

Diaorang semua pakat berkumpul dekat tol sebelum bergerak masuk ke kampung. Aku lepak dalam kereta jee sementara menunggu sempatlah siapkan kerja aku hmmm. Ok park jee kereta dalam kampung tue dah ada lori standby nak bawak kami masuk ke checkpoint water rafting. Bayangkan betapa seronoknya dapat naik lori excited jangan cakaplah tambah2 kampung tue memang cantik ada pokok buah-buahan kebetulan tengah musim buah perkhh dapat tengok durian & rambutan pun dah heaven haha sungai, view yang cantik senang cerita memang nice kampung nie macam biasalah aku jadi manusia jakun sikit bila jumpa alam semulajadi nie "wahhh bestt yerrr wahhh cantikk yer wahh seroonoknya" antara barisan ayat jakun aku hahahahaha. 

   sesi suai kenal hihi tipuu jek sampai ke hujung aku xkenal pun diaorang. Ini pun muka tak malu selit dlam kamera orang, tak bawak phone takut masuk air naya wehh.

p/s; tak payah beria tue paddle bukan gitar


Oleh kerana majoriti first time main so briefing nie agak penting masa nie guide akan ajar arahan2 yang akan diberi masa atas bot, apa yang patut dibuat sekiranya berlaku sesuatu, Do's & Dont's. Penting ea faham dan fokus jangan arahan suruh buat lain hang buat lain macam alip haha. Helmet & life jacket make sure pakai betul2 espesially untuk aku yang tak pandai berenang haha

             Are you ready kids!





Ehram be a like yuhuuuuu~ 
tengah suspen weh time nie dia boleh selamba tengok kamera hahaha


weird pose erkkk! hang tiru pasai paa huhh! actually nie port rehat sekejap lebih kurang 10minit sebelum sambung semula rafting.




Oklah malas nak cerita panjang2 layan gambaq jee lah. Lupa pulak nak cerita pasal pakej hihi. Yang kami ambek nie RM140.00 termasuk lunch, sijil, rafting, gambar, lori & mineral water oklah kan siap dapat makan durian kampung fresh lagi tau ok yang nie tak include dalam pakej ea nie rezeki kami kebetulan jumpa orang Johor jugak yang balik kampung kat sini. Sempatlah jugak aku tanya mak cik tue ada anak bujang lebih tak alaa mana tau jodoh puiii gatal hahaha. Pegilah try water rafting nie dapat sekali seumur hidup pun ok lah. Cuma pada aku memang Fun & Awesome giler! Tapi kalau nak lagi awesome & adventure korang pegi time hujan masa tue air laju baru extreme!

Selamat mencuba!