Selamat Datang ke White Water Rafting Gopeng Perak yooooooo.......
Dengan bangganya aku boleh tick dekat wishlist 2015 yang dah tertunai yeepii! *lompat bintang haha. Kali pertama shafik offer aku nak main water rafting tak & of course jawapan aku "nakkkkkkk" kau tau berapa harkat nak aku tue amboi suka macam orang ajak kawen bhahahaha!Gilalah aku tolak sebab aku selalu dok usha & membaca sana sini well aini kan mana jauh dengan google & blog kahkah.
Diaorang semua pakat berkumpul dekat tol sebelum bergerak masuk ke kampung. Aku lepak dalam kereta jee sementara menunggu sempatlah siapkan kerja aku hmmm. Ok park jee kereta dalam kampung tue dah ada lori standby nak bawak kami masuk ke checkpoint water rafting. Bayangkan betapa seronoknya dapat naik lori excited jangan cakaplah tambah2 kampung tue memang cantik ada pokok buah-buahan kebetulan tengah musim buah perkhh dapat tengok durian & rambutan pun dah heaven haha sungai, view yang cantik senang cerita memang nice kampung nie macam biasalah aku jadi manusia jakun sikit bila jumpa alam semulajadi nie "wahhh bestt yerrr wahhh cantikk yer wahh seroonoknya" antara barisan ayat jakun aku hahahahaha.
sesi suai kenal hihi tipuu jek sampai ke hujung aku xkenal pun diaorang. Ini pun muka tak malu selit dlam kamera orang, tak bawak phone takut masuk air naya wehh.
p/s; tak payah beria tue paddle bukan gitar
Oleh kerana majoriti first time main so briefing nie agak penting masa nie guide akan ajar arahan2 yang akan diberi masa atas bot, apa yang patut dibuat sekiranya berlaku sesuatu, Do's & Dont's. Penting ea faham dan fokus jangan arahan suruh buat lain hang buat lain macam alip haha. Helmet & life jacket make sure pakai betul2 espesially untuk aku yang tak pandai berenang haha
Are you ready kids!
Ehram be a like yuhuuuuu~
tengah suspen weh time nie dia boleh selamba tengok kamera hahaha
weird pose erkkk! hang tiru pasai paa huhh! actually nie port rehat sekejap lebih kurang 10minit sebelum sambung semula rafting.
Oklah malas nak cerita panjang2 layan gambaq jee lah. Lupa pulak nak cerita pasal pakej hihi. Yang kami ambek nie RM140.00 termasuk lunch, sijil, rafting, gambar, lori & mineral water oklah kan siap dapat makan durian kampung fresh lagi tau ok yang nie tak include dalam pakej ea nie rezeki kami kebetulan jumpa orang Johor jugak yang balik kampung kat sini. Sempatlah jugak aku tanya mak cik tue ada anak bujang lebih tak alaa mana tau jodoh puiii gatal hahaha. Pegilah try water rafting nie dapat sekali seumur hidup pun ok lah. Cuma pada aku memang Fun & Awesome giler! Tapi kalau nak lagi awesome & adventure korang pegi time hujan masa tue air laju baru extreme!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment