Friday, 30 October 2015

Singapore untuk ke 150 Juta Kali


Entah ke 150 juta kali aku ulang alik singapura since dari kecik nie lah sibok nak fefeeling  tourist. Dengan tak plan terlintas jee dalam otak capai beg capai passport terus gerak. Well aku kan suka ikut hati. Bak kata aiza aku nie giler sikit ehh banyak. Suka buat keje giler huwawawa.


Tips berjalan dengan Aini

1) Anda seorang yang ceria
2) Bukan seorang yang cerewet & moody tak pepasal
3) Bukan sejenis orang yang gaduh dengan boypreng lepastu buat muka monyok dan menjahanamkan mood orang lain.
4) Kuat berjalan & tidak mudah penat sebab aku kalau dah berjalan tak hengat ahahaha
5) Suka bergambaq 
6) Jika anda ada skill & pandai cari angel yang cantek lagi baguih haha (hat nie Aiza failed terok)
7) Suka makan, makan, makan, makan, makan & makan.

So far, aku Aiza partner terbaik aku. Cuma dia jenis tak berani sangat buat kerja giler. Yang lain baguih. Jenis kalau gaduh dengan boypreng block kejap pastu keluaq makan, berbual, ketawa macam tak ada apa berlaku. Ok, Good girl yang nie aku suka ( ikot sapa lah tue) hahahahah.


Kadang-kadang kita perlu bersendiri jugak untuk berfikir & tenangkan diri. Lupakan semua masalah pergi mana nak pergi, buat apa nak buat, makan apa nak makan. Kali nie misi bukanlah nak throwback kenangan silam or bawak hati yang lara hahaha. Biasa aku memang macam tue kalau sedih or banyak masalah mulalah bawak diri sensorang gittewww gedik sangat aini.


Marina Bay nie akan jadi 10x lawa bila waktu malam. Aduh bila nak lepak sini ambik angin malam nie. Malaslah nak cerita panjang lebar pasal singapura rasa semua orang dah tau kot hahaha


River Cruise $25.00 adult $15.00 kid


Dialog 1
Aku: Assalammualaikum bro, apa khabar?
Abg Shahrol: Waalaikumsalam, kejap aku teka. Ini mesti aini Si Pipi Kembung kan
Aku: errkkkk -________-"

Dialog 2
Abg Paez: Assalammualaikum budak pipi pau!
Aku: erkkkk -_______-"

(Tengok cermin menangis sesorang kenapa lemak semua pegi pipi pelik sungguh)



Rasa meluat tak tengok gambaq selpie aku? hahahaha aku nie jenis malu sket nak selfie sensorang depan orang tapi kalau dah hilang malu kau jangan tanya kenapa ada berjuta-juta lemon gambaq dalam gallery aku bhahahaha. Ala aku bukan Che Ta p holiday bawak personal photografer.


31 October 1991
Genap hari nie 18tahun 24 Tahun. Sejak dah makin berganjak usia muda haha tak ada lagi rasa nak counting hari, fikirkan hadiah atau celebrate birthday jauh sekali. Rasa dah tak ada apa yang special on this date. Tapi rasa gatal nak menulis bila baca wish dari kawan-kawan. Tahun nie mungkin lain sikit sebab tahun nie tahun terakhir aku single jadi mood sedih aku jadi lain macam sikit huhu.


Selain mak aku orang yang paling sedih aku nak kawen is Aiza. Selalu upload gambaq bersama dengan caption sedih umpama aku nak mati esok hari. Wehhh aku nak kawen jee wehh bukan nak mati lagi. Dia rasa macam akan hilang aku selama-lamanya pulak. Well, aku pon rasa benda yang sama tapi tak nak tunjuk sangat aku kan sado kununn yer hahaha


Kau ada ramai kawan tapi tak semua kawan kau faham kau, tak semua sependapat dengan kau, tahu apa dalam otak kau, faham apa yang kau rasa, suka apa yang kau suka, benci apa yang kau benci sejujurnya memang susah dan sangat sangat susah. Apa lagi kawan susah senang menangis ketawa, tidoq sebantal seselimut. Kau rasa dekat bazar karat boleh beli? 
Dalam banyak-banyak benda paling aku tak berhenti rasa bersyukur bila aku rasa Allah tak pernah gagal menghantarkan orang-orang yang baik dalam hidup aku. Walaupun sekejap atau lama orang tue mesti tinggalkan kesan dalam hati aku. Alhamdulillah. Cuma satu jee dalam berkawan ikhlaskan hati untuk berkawan dengan semua orang tak kira siapa dia, asal mana atau apa saja backgroud dia. Kita bukan Tuhan nak judge orang. Ikhlaskan hati Allah akan kirim orang-orang yang ikhlas untuk kita Insyaallah. 

No matter what, aku akan ada sentiasa untuk korang even tak macam sekarang. Korang hadiah terbaik yang Allah bagi untuk aku dan takkan berganti you know what i mean? kita jee tahu kenapa kan. Aku sayang korang Lillahitaala dunia & akhirat.

Happy Birthday to my self, tak ada apa lagi selain harapan Allah tak berhenti memberi rahmat & hidayahNya. Hari demi hari setapak kita dekat dengan kematian cuma belum pasti bila dijemput. Semoga ketika itu sudah bersedia bertemu pencipta.











Tuesday, 4 August 2015

#KePenangKeKita

                                                    Tuesday, 4 August 2015

Penang aku maiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
For second time for this year kau rasa??haha well, kali pertama pegi penang tue tak puas pun tak sempat nak round-round sangat tapi kali nie puas hati sikit sebab boleh ambik gambar banyak2 itu memang motif utama aku hahahaha.

First sekali aku nak cerita tempat penginapan kami masa kat penang nie memang sempoii baq hangg! Kami stay kat Siok Hostel kat Jalan Chulia memang senang nak cari Siok hostel nie sebab nie dekat corner bangunan tue jee. Kalau pernah tengok show "Ke Kuah Ke Kita" kat tv9 yang Wak doyok host tue nie ler hostel yer nah ler pegi tengok kat www.tonton.com. Sesuai sangat kalau korang ala backpacker stay sini.


Bilik ala dorm kat hostel dulu-dulu macam nie lah. Tapi memang bersih dan selesa. Korang boleh pilih bilik mix ke, male or female separate ke. Untuk lelaki RM40.00 per night untuk perempuan pulak RM45.00 per night tapi kami dapat RM40.00 jee hihi yang perempuan mahal sikit sebab toilet tak mix dengan lelaki so dont worry! Facilities tiptop semua ada iron, hair dryer, water heater, towel alaa kira semua adalah dengan bajet kecik korang dapat tempat selesa macam nie ok ler.


Yang nie bahagian paling favourite aku kat sini sempoii weh tempat lepak dia ada tv, dvd, buku, games siap ada pantry lagi kalau korang nak masak maggie ke buat air kee dipersilakan semua self service jangan malu-malu buat macam rumah sendiri. Bayar RM40.00 siap dapat breakfast free lagi fuhh best. Malam lepas pekena Nasi Kandar beratur lepak kejap kat padang kota lama borak-borak ambik feel angin laut sikit. Balik hostel sambung tengok movie sampai 4.00pagi masa tue movie tengok aku dah kahkahkah *maap tak tahan

Aktiviti pagi breakfast sampai kenyang sambil main games & aku tengok movie (P/S I Love You lerr tajuk movie tue kepoh sangat nak tahu kan google ler kalau nak tahu sinopsis huh) pukul 11.00 pagi bersiap & check out sambung round-round Batu feringgi sat pekena air kelapa, laksa penang, rojak buah. Nak bersidai acah-acah minah saleh berbikini tak mampu gua takut hitam kau boleh lerr kau memang putih aku nie nak gelap senang nak putih azab. Selamat usul si ehram nak mandi laut tak jadi fuhh legaaa hihi.







Tujuan utama aku memang nak cari mural & segala benda dekat art street nie. Maka boleh lah aku balik Joho dengan berlapang dada haha terima kasih botak melayan diri ini ahakss! Masa nie si Alep dengan Ehram terus hilang berpecah semua tadi sibuk risau nak balik sangat hampeh betul haha.


Bang, sangkaya 50 ikat tepi!
perkhh power awek nie kata amoi tersebut didalam hati


Dengan segala hormatnya mempersembahkan sangkaya bertemu tuanya sang botak yang banyak cekadak demand lebih. Dia kata aku hutang lagi dua tapi ice cream calong tak nak ice cream 7Eleven tak nak pastu acah2 nak surprise bagai ehh ehh lemakk jee dia nie. Ok tak pee2.







sebelum balik pekena pasembur & char kuey teow dekat padang kota lama dulu kang ada orang mengigau pulak tak dapat pasembur. Tiket balik Joho tak ada lagi oii haha tawakal jek masa tue kot2 boleh tambah sehari lagi lepak Pulau Pangkor pulak tak puas layan sunrise & sunset alaaa bolehh ler hihi. 

Ok selamat tinggal Penang! cuma nak cakap im gonna miss you till we meet again okeh! Nanti kita buat Penang The Return episod 3 pulak hahaha insyaallah. Baiklah aini, so whats next?? Ipoh or Melaka mayb wiwiwi~

Benci yer bila kena cakap bye huwaa T_T

White Water Rafting Gopeng, Perak.

                                                   Tuesday, 4 August 2015

                      Selamat Datang ke White Water Rafting Gopeng Perak yooooooo.......
                  
      Dengan bangganya aku boleh tick dekat wishlist 2015 yang dah tertunai yeepii! *lompat bintang haha. Kali pertama shafik offer aku nak main water rafting tak & of course jawapan aku "nakkkkkkk" kau tau berapa harkat nak aku tue amboi suka macam orang ajak kawen bhahahaha!Gilalah aku tolak sebab aku selalu dok usha & membaca sana sini well aini kan mana jauh dengan google & blog kahkah. 

Diaorang semua pakat berkumpul dekat tol sebelum bergerak masuk ke kampung. Aku lepak dalam kereta jee sementara menunggu sempatlah siapkan kerja aku hmmm. Ok park jee kereta dalam kampung tue dah ada lori standby nak bawak kami masuk ke checkpoint water rafting. Bayangkan betapa seronoknya dapat naik lori excited jangan cakaplah tambah2 kampung tue memang cantik ada pokok buah-buahan kebetulan tengah musim buah perkhh dapat tengok durian & rambutan pun dah heaven haha sungai, view yang cantik senang cerita memang nice kampung nie macam biasalah aku jadi manusia jakun sikit bila jumpa alam semulajadi nie "wahhh bestt yerrr wahhh cantikk yer wahh seroonoknya" antara barisan ayat jakun aku hahahahaha. 

   sesi suai kenal hihi tipuu jek sampai ke hujung aku xkenal pun diaorang. Ini pun muka tak malu selit dlam kamera orang, tak bawak phone takut masuk air naya wehh.

p/s; tak payah beria tue paddle bukan gitar


Oleh kerana majoriti first time main so briefing nie agak penting masa nie guide akan ajar arahan2 yang akan diberi masa atas bot, apa yang patut dibuat sekiranya berlaku sesuatu, Do's & Dont's. Penting ea faham dan fokus jangan arahan suruh buat lain hang buat lain macam alip haha. Helmet & life jacket make sure pakai betul2 espesially untuk aku yang tak pandai berenang haha

             Are you ready kids!





Ehram be a like yuhuuuuu~ 
tengah suspen weh time nie dia boleh selamba tengok kamera hahaha


weird pose erkkk! hang tiru pasai paa huhh! actually nie port rehat sekejap lebih kurang 10minit sebelum sambung semula rafting.




Oklah malas nak cerita panjang2 layan gambaq jee lah. Lupa pulak nak cerita pasal pakej hihi. Yang kami ambek nie RM140.00 termasuk lunch, sijil, rafting, gambar, lori & mineral water oklah kan siap dapat makan durian kampung fresh lagi tau ok yang nie tak include dalam pakej ea nie rezeki kami kebetulan jumpa orang Johor jugak yang balik kampung kat sini. Sempatlah jugak aku tanya mak cik tue ada anak bujang lebih tak alaa mana tau jodoh puiii gatal hahaha. Pegilah try water rafting nie dapat sekali seumur hidup pun ok lah. Cuma pada aku memang Fun & Awesome giler! Tapi kalau nak lagi awesome & adventure korang pegi time hujan masa tue air laju baru extreme!

Selamat mencuba!

Sunday, 5 July 2015

Trip Kawan-Kawan Gunung Liang Tanjung Malim Perak

                                                   Wednesday, 17 June 2015

Trip kali nie ke Gunung Liang Tanjung Malim Perak, Kalau dari KL lebih kurang 45minit jer. Line up trip kali nie tak ramai cuma 5 orang je aku, kak naza, fami, zaidy & wawies. Actually trip kali nie last minit aku decided nak join sebab aku tak kenal sorang pun melainkan kak naza itu pun kenal di instagram hihi aku buat keputusan nak redah jee lah dengan harapan dieorang ok nak bawak aku budak hingus baru nak kenal gunung nie tskkk .


Bertolak dari JB berdua dengan kak naza singgah di Melaka pick up wawies then terus gerak KL jumpa zaidy & pami dekat R&R Rawang isi perut sikit terus gerak ke Tanjung Malim. Saja gerak awal sikit sampai awal boleh rehat-rehat. Azan subuh je semua bangun siap-siap solat & sarapan sebab sebelum gerak ke gunung buat report polis dulu di Balai Polis Behrang.

Kami terus bergerak ke kampung sungai dara, sebelum mula kami buat repacking agih-agihkan ration makanan tue pada semua jadi tak lah terlalu beban nak bawak sorang. Actually nie experience pertama aku camping so bab packing aku memang blur lah selamat kak naza banyak tolong aku hehehe. Streching panaskan badan & zaidy bacakan doa semoga semua yer selamat & dipermudahkan segala urusan amin.



Pada awal yer trek mudah dan cantik lagi oklah tak ada lah terkejut sangat urat-urat aku hahaha. Sampai di Lubuk Hantu kami berhenti lunch & berehat celup kaki dalam air sambil layan air terjun hmm tenang hati nie. Ada satu group dah camping dekat lubuk hantu tue group Abg Heri. Lebih kurang pukul 12pm dieorang start trekking ke puncak.





Settle rehat & makan lebih kurang 1.30pm kami sambung semula trekking. Baru jee mula dah hadap trek pacak layannn cabaran sebenar baru jee bermula hehe. Trek pacak aku boleh lagi layan tapi yang buat aku mental trek hancur dek hujan pagi tadi tambahan sebelum kami ada group lain & daypack dah jalan so hadap lah selut-selut aku dah tak kuasa nak control kasut celup aje hahaha pacat sana sini malas lah nak cerita aku buat tak nampak malas nak pikir kang tak jadi kerja haha. Lepas makan semua dah pewai mujur tadi aku tak makan banyak sekadar alas perut. Adalah 10kali kami berhenti kak naza siap tidur on trek lagi steadyyyy aku nak belajar ilmu nie hahahaha.



Trek nie memang jauh & pacak kalau tak kuat silap-silap boleh mental sebab tak sampai2 dahlah pikul beg berat sabor jee lahh. Lebih kurang 5.30pm aku sampai dekat campsite 7E dapat campak beg nikmati yer tak terkata hahaha. Group Abg Heri berhenti rehat & solat terus sambung semula trekking dianggarkan dieorang akan sampai puncak malam. Hujan rintik2 kami cepat2 pasang fly & khemah sebelum kuyup.

7E sesuai untuk bermalam disini sebab tempat ye yang lapang boleh memuatkan maximum 35 orang. Selain itu ada water point tapi perlu turun sikit lebih kurang 2 minit. Hujan mula turun hajat nak masak dinner ditangguhkan tunggu hujan berhenti sementara tue kami berehat dah penat sepanjang hari berjalan hadap trek yang hmmmm *sakitnya tuh disini didalam hatiku nyayi aku dalam hati . Ada yang berbual kak naza dah tidur siap bunyi motobot lagi hahaha. Aku dengan zaidy layan berita TV3 kat phone si zaidy sape cakap dalam hutan tak boleh tengok tv hehe.


Tugas masak memasak diserahkan pada pami aku cuma tolong potong2 bawang jek menu malam cuma sardin & telur dadar itu pun sebab ration sedap-sedap pami tetinggal kat rumahh tsskk sedihhh selamat dekat tanjung malim dia teringat kalau tak nak makan apa dalam hutan. Lebih kurang 10.30pm siap makan hujan lebat & guruh lagi sekali turun group yang petang tadi trekking masih tak turun kami dah mula risau sepatutnya dieorang sampai semula di 7E lebih kurang 8.30malam.

Cabaran malam kami pun bermula apabila diserang tikus hutan yang besar dia sama dengan kucing. Selamat semua makanan aku dah packing masuk dalam khemah jadi tikus kacau periuk2 kat luar. Tikus nie memang tak takut orang dah halau buat bunyi ketuk2 sajee jee dia. Jam dah tunjuk pukul 11.30pm group Abg heri masih tak turun. Abg heri & pami bebincang kalau pukul 12.00pm tak ada jugak turun dieorang akan naik cari. Alhamdulillah lebih kurang 12.10pm orang petama sampai semua masih kat belakang dan semua baik2 saja fuhhh lega hati kalau tak macam2 dalam otak nie risau ada yang injured.

Dugaan kedua malam nie pun datang lagi hujan makin lebat..fly bocor banjir terpaksa semua masuk dalam khemah. Masa nie aku dah rasa macam pelarian Rohigya tidur duduk berhimpit2 nak patah pinggang aku. Nak tunggu pagi lambat betul aku rasa. Bocor, banjir, sempit, sejuk, beg basah zadiy kene sengat lebah hahaha dugaan betul malam tue. Cerita yer ialah satu malam aku tak tidurrr weh! perkhh esok pagi dah laa nak sambung trekking.

Pukul 7.00am kami mula masak sarapan cuaca sejuk, angin sepoi-sepoi nyaman & segar pokok-pokok ditutup dengan kabus sungguh aku rinduuu! Menu sarapan pagi nasi goreng & sandwich sardin (lebih lauk semalam haha) air milo satu cawan share 4orang alkisah semua tak nak minum air wawies bawak sebab kopi pahit tak ada gula air aku jugak korang sebat hmmm sabor jee lahh.

Pukul 9.00am baru start trekking ke puncak dianggarkan 2jam sampai atas. Kalau trek tak pacak bukan puncak lah name yer dekat sini prepare mental lebih sikit sebab korang akan hadap trek pacakkk pacakk pacakk lagi dan lagi sampai puncak hihihi. Tapi trek puncak nie lagi teruk lecak yer aku dah macam berkumbang dalam bendang dah gaya yerr tsskkkk nangis tengok kasut seluar aku sambil mendendang kan lagu *kini aku pasrah dengan segalanya~~~ T_T



Tak lama dengar suara dieorang kat depan jerit2 panggil2 aku dengan kak naza " oii cepattt view open" aku berlari tinggalkan kak naza hahaha tak sabor wehh! sampai jee atas aku terpaku Subhanaallah indah yer ciptaan tuhan. Tak henti henti aku puji. "Cepat salin baju ambik gambar" kisah yer tema kali nie raya di puncak maka gigih lah masing2 pikul baju kurung baju melayu naik gunung hihi.




Terus begerak ke puncak liang timur sebelah puncak liang barat. Puncak liang timur view tertutup pokok-pokok yang berlumut lebih kurang Mossy forest gunung irau. Cantik, sejuk lagi sekali tak henti2 aku puji mesti dieorang cakap aku jakun hahahaha. Cepat2 turun semua sebab barang tak kemas lagi. Naik 2jam turun 1jam hihi belari wehh. Pukul 4.30pm sampai ke Kem lubuk hantu behenti rehat & makan terus gerak ke starting point pami nak keluar dari hutan sebelum magrib. Jalan laju sesekali belari nak kejar masa hutan makin gelap. Tepat 7.30pm kami sampai di starting point Alhamdulillah semua selamat walaupun dalam perjalanan balik kami ada sedikit gangguan & usik kan nakal dari makhluk Allah. As long niat kita baik, kita tak kacau dia tak ada apa yang nak ditakutkan serahkan semua pada Allah ;)



Sebelum balik kami singgah di petronas bersihkan diri singgah makan malam. Barulah semua bukak cerita apa yang mengganggu dieorang masa perjalanan balik tue fuhh meremang bulu roma aku. Selamatlah aku tak mengalami Alhamdulillah. Biasalah tue tempat diakan janji dalam hutan jaga adab. Ok jumpa lagi next trip kata yer lepas raya nak tawan Gunung Rajah sebelum misi tawan V1 pulak huhu.