Monday, 25 May 2015
Setelah counting setiap hari habis calendar dekat office
kena conteng hari yang ditunggu-tunggu datang jugak yeaay! Sebenarnya bila shafik sebut Lombok jee otak aku terus ada apa sana? tak bahaya ke?bukan lelaki sana suka bawak lari perempuan melayu ke? ok aku pun tak nak laah judge mental sangat mula buat research sikit pasal Lombok terus rasa teruja haha.
Ok perjalanan dari KL ke Lombok lebih kurang 3jam jee. Alhamdulillah pukul 11pagi selamat sampai Kat Airport Lombok sampai jee terus cari teksi/kereta nak ke Senggigi. Terkejut jugak aku keluar jee terus kena serbu masing-masing offer kereta & teksi rasa macam artis kena kerumun dengan wartawan lak haha puii.
Tadaaa sampai pun!
Oleh kerana dah pening dengan ramai-ramai yer manusia
kiteorang decide naik dengan sorang mas nie die offer harga 180.00RP anggaran
harga airport ke Senggigi 180.00RP –
200.00RP pandai2 lah cari nak tawar sikit pun boleh. Dekat sini pelik sikit diaorang akan bunyi kan hon setiap kali berselisih dengan kenderaan lain tak paham aku apa motif maybe just nak say hai kot haha kalau kat Malaysia mau kena maki main hon hhahaha.
Ok nie pengalaman lepas sampai ke Senggigi masa nak bayar
duit kereta mungkin masa nie kiteorang semua blur2 sotong lagi sebab jakun
pegang duit puluh ribu, dengan juta juta nie. Kiteorang terbayar lebih pada mas
driver tadi lebih kurang 250.00RP dia pun tak jujur tak nak pulangkan. Tak
apalah anggap bukan rezeki kiteorang. So, make sure kena hati-hati lepas nie. Malas nak cakap salah sape -_-
Seharian tak makan & mandi haha
Dekat sini aku
order ayam kampung sambal dengan nasi simple tapi sedap! Tapiii……….bila dah
separuh aku bedal baru aku perasan yang ayam tue die masak dengan kepala sekali
eeiiiiiii!! Bila suruh si shafik ambek boleh pulak dia buat acah2 ayam tue
patuk2 nasi aku brrr macam nak back hand jee rase dia dengan ayam2 tue sekali ! Tapi sampai sekarang kalau ingat balik aku nak gelak part kepala ayam tue mana tak yer aku rasa dia tengok jee aku makan badan dia hahaha imaginasi melampau!
Petang sewa motor dapat round2 senggigi kiteorang just
mintak pada reception hotel dia tolong call lepas tue motor terus sampai depan
lobi tak payah susah2 nak cari hihi. Sewa motor sekali dengan helmet dekat sini dalam 70,000RP per day tak ada per hours yee. Tapi kalau tak pakai helmet pun tak apa sebab tak ada pak polisi pun hihi.
View Bukit Malimbu, Senggigi
sepanjang tepi jalan lereng-lereng bukit nie ada gerai kecik2 jual jagung bakar, air sambil lepak2 tengok sunset boleh lah kunyah2
Malam pulak misi
mencari transport ke Gili Trawangan untuk esok sebab kiteorang tak ambek
apa-apa pakej konon2 ala backpacker style lah nie hehe tue yang semua kena cari
sendiri tapi senang jee tak susah pun orang sana semua friendly kalau nak tanya
apa-apa.
Malam kat sini ok tenang-tenang jee ada live band tapi tak macam Gili lah. Lepas makan jalan tepi pantai duduk dengar ombak, tengok bintang hmm rinduuu ;((
Tunggu sunset tapi tak ada hampa ;(
Breakfast di Graha Hotel sebelum ke Gili Trawangan
Pukul 10.30 kereta dah tunggu depan hotel nak hantar ke jeti
untuk naik bot ke Gili Trawangan. Masa dah lambat nie lah kunci hotel nak hilang Ya Allah tak ada masa lain kee dia nak hilang pelik betul!Sampai ke sudah tak jumpa semoga dihalalkan hihi. Tapi staff kat hotel nie good semua sedia membantu. Anggaran masa perjalanan naik bot dari
Senggigi ke Gili Trawangan lebih kurang 45minit sepanjang perjalanan aku tidur jee sedar-sedar dah sampai haha.
While waiting boat
view pantai senggigi
gamba penutup di Senggigi tskkk ;(
Dalam bot nie semua penuh dengan minah2 & mat2 saleh jee
Bye Senggigi sampai jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment