Monday, 25 May 2015

Short Vacay Lombok Indonesia Part II

Here i come Gili Trawangan!

Ok sampai jee tempat nie aku dah mula suka sebab tempat nie macam unik pada aku sebab korang tak kan jumpa kenderaan bermotor kat sini yang ada cuma basikal & kereta kuda. Sebenarnya Gili ada tiga pulau Gili trawangan, Gili meno & Gili air. Tapi antara 3 Gili nie Gili trawangan yang paling happening. Gili trawangan pun antara terbesar diantara tiga Gili nie.

sepanjang jalan korang akan jumpa kereta kuda cuma nie kenderaan untuk mengangkut barang dari jeti tak ada motor tak ada kereta. Nice!

Steady wahi! masih tak habis pikir aku -_-
mulanya hajat nak snorkeling esok hari tapi memandangkan masa tak cukup kitaorang batalkan jee niat tue. Rugi yer !

Check in, rehat kejap petang dah start keluar cari makanan lepas tue misi cari basikal kiteorang sewa dengan harga 40,000RP per day aku rasa ok kot murah, konon yer petang nak pegi Ombak Sunset nak tengok sunset semangat aku!

tapi cuaca mendung sunset tak keluar huwaa frust yer aku dua hari failed nak tengok sunset!


layan kan mandi mandi laut petang-petang tak ada matahari jadi tak hitam fuhh selamat aku!

dekat sini air dia memang jernih giler boleh lah nampak kaki sendiri haha tapi..port yang kitaorang mandi nie tak syok sangat banyak batu-batu kecik tajam. Farah dah tak tahan nak naik atas tak sempat kecut pun haha selamat kaki aku jenis kebal & tebal sket.

Masa balik tue jalan dah gelap terpaksa tumpang lampu dari phone wahi habis segala datuk nenek lubang aku langgar. Sakit punggung jangan kabor asyek terhentak-hentak jee tak nampak jalan lepas tue nak laju haha rasakan!


aktiviti malam naik basikal mencari makan malam pulak Ayam Lalapan nice jugak! bahagia yer tiap kali jumpa makanan kat sini tuhan jee tahu rasa yer hihi *overkan. Lepas kenyang kitaorang pun jalan-jalan sepanjang pulau sambil kayuh basikal sambil layan liveband cuci-cuci mata tengok mat saleh berparty. Liveband kat sini memang awesome semua lagu yang dekat dengan jiwa aku perkhh memang layan weh. Dekat Gili Trawangan nie malam memang happening kafe-kafe pun cantik-cantik.

Tapi sayang tak dapat nikmati Gili Trawangan waktu malam puas-puas sebab hujan turun boleh tahan lebat kitaorang pun guna kelajuan viva elite 180km/j kayuh basikal balik hotel elak dari kuyup. Tak apa lah tidur awal dengan harapan esok nak bangun awal tengok sunrise. Harapan memang tinggal harapan esok pagi bangun pukul 6.00am langit dah terang benderang! aku lupa masa kat sini awal tak sama macam Malaysia..dah dua kali hampa sunset failed sunrise pun failed!

laut biru ada bukit bukau lagi Subhanaallah cantik sangat!

muka dah rentung pusing pulau time matahari tepacak atas kepala well done aini!


cubaan merentungkan muka yang berjaya. Tahniah kepada diri sendiri! Sebelum balik sempat jugak cari ole-ole tapi dekat sini tak banyak pilihan & aku pun tak rasa nak beli apa2 cuma teman shafik beli singlet tue pun harga 70,000RP sehelai okey lah nak buat kenangan ;)


makanan wajib yang patut makan kalau sampai Lombok nie Ayam Taliwang kira macam local food Lombok lah tapi mahal Ya Rabbi satu set 80,000RP total makan dekat sini untuk dua orang termasuk air 240,000RP gulpp telan air liuq aku!Tapi biasalah harga pulau memang mahal. Tapi memang sedap! aku tak tau lah sepanjang kat sini apa yang tak sedap semua masuk mulut aku semua aku rase sedap haha bahaya betul!

how i missed this place so much!



sepanjang pulau nie korang akan nampak semua view yang indah2, hotel & cafe yang cantik2..


partner in crime


seronok mas-mas nie dengar aku bercerita padahal membonggak jee pun percaya lah haha tapi aku suka orang2 sini semuanya friendly. Tempat cantik, orang friendly, makanan sedap perfect!


ok balik kitaorang naik bot ke satu tempat kat sana ada satu kereta dah tunggu nak bawak kitaorang terus ke airport. Untuk tambang balik nie bot & kereta sampai airport 220,00RP per head. Naik bot cuma dalam 15-20minit jee tapi perjalanan naik kereta tue boleh tahan jugak dah macam nak naik cameron highland turun naik bukit. Supir yang bawak kitaorang nie penah kerja dekat kelantan sekali dia speaking kelantan haa kauu! bayangkan indon cakap kelantan hahaha teruk gaya yer.

Sepanjang perjalanan balik nie agak menarik sebab kitaorang terserempak lebih kurang 5,6 rombongan pengantin yang berarak. Majlis sini memang unik sebab sepanjang jalan kumpulan nie akan menyanyi sambil berjoget. Orang lelaki pulak wajib pakai baju warna hitam yang perempuan macam biasa dengan kebaya yer. Tapi sepanjang jalan tue jugak kitaorang hadap jem.

Sebelum sampai airport kitaorang request dengan supir nie nak berhenti makan dekat warung biasa tak mau makan dekat airport tak best. Kitaorang pun mencari kedai bakso Alhamdulillah sempat jumpa janji dengan supir tue nak makan cuma 10minit sebab takut lambat sampai airport masa tue makan nak melecur mulut aku sebab makan laju2 plus pedas & panas!!

sedap weh bakso dia tak sama macam sini *sllrrpp telan air liuq

ok sampai sini jee lah percutian 3hari 2malam kami. Till we meet again Lombok!
Thank you abg cameramen! Thank you for all the moments ;)






No comments:

Post a Comment